Webinar Keselamatan Siber & Perlindungan Data

11 Ogos 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 10 Ogos 2025, NADI E-Sukan telah menganjurkan webinar pendek bertajuk “Keselamatan Siber dan Perlindungan Data”. Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran peserta, khususnya komuniti e-sukan, mengenai ancaman siber seperti penipuan atas talian, kebocoran data, serta kepentingan perlindungan maklumat peribadi.
Antara topik yang dibincangkan termasuk penggunaan kata laluan kukuh, pengesahan dua faktor, cara mengenal pasti taktik scam, serta langkah asas menjaga akaun media sosial dan platform permainan. Sesi turut disertakan dengan perkongsian kes sebenar dan soal jawab interaktif.

Webinar ini mendapat sambutan menggalakkan daripada pelajar, pemain e-sukan dan orang awam. Selain memberi manfaat kepada peserta, program ini turut meningkatkan imej NADI E-Sukan sebagai organisasi yang proaktif dalam mendidik masyarakat digital, sekali gus memperkukuh peranan NADI sebagai rakan strategik dalam mempromosikan literasi siber dan keselamatan digital di Malaysia.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali